Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS MEMBACA SURAH YAA SIIN & BERTAHLIL

​Khamis, 28 Syaaban 1446H bersamaan 27 Februari 2025M

Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan telah mengadakan majlis membaca Surah Yaa Siin dan Bertahlil sebelum kedatangan bulan suci Ramadhan.

_HDD0431.JPG_HDD0398.JPG 


Majlis diadakan di Dewan Muwafaqah Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Perumahan yang dihadiri oleh Tetamu Kehormat bagi pihak Pengarah Kemajuan Perumahan, Yang Mulia Dayang Rosniza binti Dato Paduka Haji Hamdani. Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Pengarah Kemajuan Perumahan, Yang Mulia Awang Haji Mohd Sufri bin Haji Abd Hamid serta pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Kemajuan Perumahan.

_HDD0406.JPG_HDD0401.JPG_HDD0356.JPG 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaa Siin yang diikuti dengan bacaan Tahlil dan diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Attachments